Another turning point, a fork stuck in the road, Time grabs you by the wrist, directs you where to go, So make the best of this test, and don't ask why. It's not a question, but a lesson learned in time. It's something unpredictable, but in the end it's right. I hope you had the time of your life- billie amstrong

Sunday, 13 May 2012

Usman Awang - Melayu




-MELAYU-


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Thursday, 22 March 2012

Pengakuan

ko mendakwa aku da tak memahami tentang kehidupan ko dan pekerjaan ko. ko mendakwa aku x memahami ko lagi. dan tak percaya lagi pada ko. dan ko terus menerus membebel tentang betapa susuah nye hidup ko dan segala-galanya tentang diri ko. tu sje bende yg ko cakap.

macam hidup aku dan orang len sume sangat2 senang, dan tak perna di timpa masala.

tp perna terlintas x pe yg ko slalu akan wat kalo konon nye de mase ngan aku? ko chat ngan aku, dan meminta bnde sebab ko mendakwa kerja ko teruk dan ko sgt2 penat.

tp perna terlintas x pe yang aku rase bile ko wat cam tu kat aku? bile aku x layan ko, ko marah2. tp bile ko wat aku macam tu, ko fikir aku suke?

jgn bagi alasan la x de mase. kalo ko betol2 seryes ngan aku, boleh je amik mse utk jumpe dengan aku.
masalah nye ko x perna cube dan mmg x akan cube. sebab ko terlalu mementing kn diri sendiri.
ko berharap orang sekeliling ko berkorban untuk ko.

mintak maaf.. aku da penat berkorban untuk ko. bukan tak memahami. aku cukup memahami. terlalu memahami perangai ko sejak kite mula2 kenal.

aku nak kan seseorang yang boleh memberi dan menerima. bukan aku sorang je memberi. aku nak kn seseorang yg boleh berkorban utk aku, kalo aku boleh berkorban untuk die. tu sje. tak lebih dan x kurang. tp kalo ko tak mampu untuk wat tu sume untuk aku, sila la cari perempuan laen. tengok berapa lame ko boleh bertahan dengan die, tanpa berjumpe langsung pon. kalo ko boleh bertahan ngan perempuan tu lebih 3 tahun, ko dtg dan gitau aku. aku akan ucap kan tahniah pada perempuan malang tu.

wat mase sekarang, sila la amik mase yang ko cakap x perna cukup, mase utk aku ni.. utk membuat keje len. aku da x kesah ko nak wat keje atau pe. sbb bagi aku, ko da lme x wujud pon dalam idup aku.

amik masa diri utk ko. dan kalo ko fikir ko betol2 sayang kan aku, nanti sila cari aku blek. aku tetap berada kat sini, dan x kn pergi ke mana2 pon. wat mase ni, aku taknak kaco hidup ko. tamat.

Monday, 12 March 2012

Obsesi

setiap manusia di lahirkan dengan mempunyai satu perkara yang gemar die lakukan. ia di gelar sebagai hobi ataupon minat tentang sesuatu.  hobi boleh di definisikan sebagai kegemaran yang diamalkan pada waktu lapang dan bukan pekerjaan yang utama (seperti mengumpul setem, membaca, dan lain-lain).

dulu mungkin ramai orang mempunyai hobi seperti membaca dan mengumpul setem. tapi aku tak rase sekarang maseh ramai lagi gemar membuat tu sume. hampir semua orang gemar untuk melayari internet atau pon bermain games, baik di internet mahupon game yang di beli dari kedai, ataupon di muat turun dari internet.

pe yang bagus tentang hobi, ia memenuhi ruang di kala kite tak ada pe nak wat. pe yang tak bagus nye hobi, ia mungkin boleh membawa kite kepada satu arah yang mungkin tidak sihat mahupon tidak bagus untuk kite. ia die gelar sebagai obsesi.

terdapat pelbagai jenis obsesi, dan tak perlu untuk aku senaraikan semua jenis obsesi tu. pe pon, obsesi kebesean nye akan membawa kite ke arah yang mampu untuk memudaratkan diri kita.

ramai yang memberi sebab ataupon punca untuk menjadi terlalu obses dengan sesuatu perkara. de pula mungkin di sebabkan pembawaan genetik yang mungkin tidak sihat. ok, yang itu aku mampu untuk menerima nya. tapi untuk menyalahkan segala-galanya terhadap bende lain selain dari diri sendiri, adalah satu perkara yang sangat-sangat tak bertanggungjawab.

seperti aku, aku mempunyai peristiwa hitam yang menyebabkan aku melakukan beberapa perkara yang mungkin tak sape pon jangka aku mampu untuk buat. tapi, akhirnya.. aku terasa cam, bape lame lagi aku perlu untuk tenggelam ngan bende2 cam ni. cam.., mungkin aku akan gembire ngan ape yang aku buat, tapi kegembiraan tu macam tak kekal selama2 nya. kegembiraan tu sementara je, dan bile aku nak balek aku kene cari blek. dan aku fikir, aku tak mahu berada dalam hidup macam ni untuk selama2 nya. aku penat untuk memuaskan pe yang aku nak. so, aku cube fikir pe yang sebenar nya perlu untuk aku lakukan.

aku berpegang ngan kata-kata, tak semua apa yang aku mahukan aku akan dapat. mungkin bagi sesetengah orang, die merasakan die rasa sangat-sangat gembira ngan cara hidup sebegitu. life without boundaries, tapi bagi aku, ia tidak bermakna lagi. aku perlukan sesuatu yang bermakna, yang memberi satu kepuasan yang tak terhingga dan tidak memudaratkan diri aku.


Thursday, 8 March 2012

Budak.

aku akhirnye berada di bumi shah alam. mungkin bagi sesetengah orang, sekarang ni masa yang agak menggembirakan mereka. de gak yang mungkin terasa agak pressure. tp bagi aku, pressure dalam diri aku ni sangat2 tinggi.

oleh sebab tu aku mendiamkan diri, untuk menerima beberapa hakikat dalam seminggu ni. memang sangat2 sukar, tapi de baek nya ia berlaku..

aku rasa aku seperti boleh memulakan ia kembali. membetolkan diri aku kembali. melihat diri aku ngan lebih jelas. memahami diri aku dan kembali menjadi diri aku semula.

sume orang ada tanggapan yang tersendiri terhadap sume orang di sekeliling die. de orang amik  pusing dan ada orang langsung tak kisah, seperti aku.

sebenarnya de kebaikan untuk tidak amik kesah dengan persepsi orang lain tentang diri aku sebab aku dah penat melayan mereka-mereka ni. aku buat baik, diorg pandang serong, dan aku buat jahat lagi la adiorang pandang serong. baek aku wat pe yang aku rasa betol. hidup seperti orang normal tapi tak amik peduli tentang orang lain.

hidup bersendirian lebih senang dari hidup dengan orang lain. benar. tapi kalo x campur ngan orang lain, itu bukan kehidupan. sebab bagi aku, setiap hari aku mempelajari bende baru. kalo aku langsung tak bercampur ngan orang lain, pe yang akan aku pelajari?

bila di fikirkan, kengkadang apabila melihat orang yang kurang berpengalaman meluahkan buah fikirannya, aku terfikir, bagaimana cetek nya akal mereka. mereka melabelkan diri mereka hebat. tapi tak rasa ke...mereka tu manusia jugak, yang tak perna sempurna?
jadi apa guna nya membanggakan kan diri sendiri ngan menggunakan ayat menunjukkan kehebatan ko?
penting sangat ke untuk engkau, menunjukkan kehebatan diri kau di mata orang lain?

hmm. =)

nampak sangat perbezaan antara kau dan aku, di sebabkan umur dan kematangan. ko fikir ko cukup matang dan boleh membezakan mana yg benar mahupon tidak, tapi dari apa yang kau tulis, ia sangat-sangat menampakkan betapa muda nya kau di dalam alam ini.

kau menggunakan ayat orang lain konon nya kau di hukum di dunia, tapi kau benar-benar percaya itu hukuman? hmm.

tengok cerita orang lain dan cerita diri aku, baru kau tahu apa itu hukuman. bukan sekadar mengambil ayat orang lain dan menjadikan ianya cerita tentang diri kau.

hmm. budak. =)

Tuesday, 6 March 2012

Yuna - Penakut





Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

*lagu untuk engkau.

Thursday, 1 March 2012

Hilang

Aku tak ingat bila kali terakhir aku menjadi seorang perempuan yang baik.

dulu sewaktu aku amik diploma, dan aku dapat kawan-kawan yang sangat-sangat baik, aku jadi baek. aku tak pandang pon betapa kejam dan buruknya dunia ni. tapi bile da sampai kat shah alam, mungkin kerana segala-galanya sangat-sangat sukar untuk aku, aku seolah-olah hilang diri aku. bukan aku tak pernah tahu betapa kejamnye dunia ni. aku da tau sejak aku berumor 6 tahun. tapi, bagi aku......, tak semestinya dunia itu kejam, aku pon harus menjadi kejam. aku punya pilihan untuk menjadi diri sendiri, nape ikut perkembangan dunia?

aku bukannya selalu sound orang atau marah orang. dulu aku boleh belaja untuk menahan diri aku dari marah orang lain yang aku tak suka, ataupon aku tak berapa menyenangi perangainya. tapi bile kat sini, aku senang sangat lepaskan pe yang terbuku dalam hati aku.

mungkin aku da tak dapat sokong kawan-kawan aku, seperti waktu amik diploma dl. tak ada orang yang boleh ingat kan aku, untuk sentiasa berpijak di bumi dan menjadi rendah hati, menjunjung langit di kepala ku dan beringat di mana aku. aku senang untuk hilang kawalan.

aku sedar...aku tak mungkin boleh berharap lagi pada mereka. seperti sorang kawan aku cakap, aku perlu belaja untuk menyokong diri sendiri. dengan cara itu, baru aku boleh survive ngan tak hilang diri atau hilang kawalan.

Sunday, 26 February 2012

Gitar dan Sejarahnya [Part II]

Assalamualaikum dan selamat pagi. malam tadi aku tulis tentang gitar elektrik dan jenis-jenisnya, dan sekarang mari tengok 2 lagi jenis gitar yang aku belom huraikan, iaitu gitar akustik dan gitar elektrik bass.


Gitar Bass

Gitar bass, jugak dikenali sebagai elektrik bass kebesean nya di peik menggunakan beberapa jari ataupon ibu jari dengan cara fingering, slapping, popping, tapping mahupon thumping, (maaflah, aku tak tau pe perkataan2 yang sesuai dalam bahasa melayu), ataupon di petik menggunakan pick.

mempunyai rupa seakan gitar elektrik tetapi mempunyai batang leher yang lebih panjang yang skala yang lebih banyak serta mempunyai sama ada 4, 5, 6 atau 8 tali di badannya. gitar bass yang bese mempunyai 4 tali dan di tune sama seperti tune double bass. Sama seperti gitar elektrik, gitar bass boleh dimainkan bersama dengan amplifier dan speaker.

sejak 1960-an, gitar bass menggantikan double bass berikutan pengaruh muzik. pemain meliputi dari berbagai jenis muzik yang membawa tanggungjawab yang sama; menjadi tunjang kepada sesebuah muzik dan mengharmonikan sesebuah lagu. bass gitar digunakan dalam pelbagai jenis muzik termasuklah rock, metal, pop, punk rock, country, reggae, blues, dan jazz. ia di gunakan sebagai alat muzik solo dalam pertunjukkan jazz, fusion, Latin, funk, dan dalam sesetengah muzik rock dan metal styles. Terdapat 2 jenis sahaja gitar bass ni, iaitu:


1. Precision or P Bass





Gitar Precision Bass, atau lebih di kenali sebagai P Bass, mempunyai batang leher yang lebih tebal dari Jazz Bass dan mempunyai P bass jenis offset pickup. kebeseannya, mereka mempunyai volume dan tone knob dan 4 lagi pada sistem tuning sisi (side tuning system). P Bass yang lama mempunyai reverse tuner, yang mana cara tuning yang terbalik dengan cara sekarang. Ramai artis yang mempunyai P Bass ni, salah seorang daripadanya adalah John Paul Jones dari Zeppelin.



2. Jazz Bass






Gitar Jazz Bass kebesean nya mempunyai bentuk badan dan batang leher yang lebih 'kurus' atau thinner. mereka mempunyai shape unik off-balanced yang cukup berbeza berbanding dengan precision bass yang lain. Mereka lebih kurang macam gitar yang tradisional berbanding gitar-gitar precision yang lain. Gitar precision ni mempunyai 2 pickups yang memberi bunyi yang berbeza, dan mempunyai ekstra satu tune knob untuk bunyi yang berlainan. Bunyi gitar ini bergantung kepada kompeni yang menghasilkan gitar-gitar precision. lain kompeni mempunyai bunyi yang berlainan.






Gitar Akustik

Beralih pula pada gitar akustik. gitar jenis akustik adalah gitar yang paling terkenal, meliputi dalam pelbagai jenis muzik, dari muzik rock ke country dan flamenco yang menghasilkan bunyi yang berbeza antara satu sama lain. gitar ini telah wujud sejak 1500-an lagi tetapi ia mengalami beberapa perkembangan dan perubahan dan sejarah.  perkembangan gitar elektrik adalah gambaran jelas akan perkembangan gitar akustik, dan mempunyai impak yang sangat besar dalam dunia gitar.  Terdapat  3 jenis gitar akustik, iaitu:





1. Acoustic Guitar


Gitar akustik mempunyai bulat tengah yang terbuka, dan lebih tebal dari gitar elektrik. bunyi gitar yang terhasil adalah terbentuk dari bunyi tali yang memasuki lubang tengah membuat bunyi itu lebih kuat. Terdapat banyak jenis gitar akustik ini yang mudah di dapati di pasaran. gitar ini tak mempunyai keratan, 3 lagi pada tuner sisi, pick guard dan satu stop tailpiece acoustic bridge.







2. 12 String Acoustic Guitar





Gitar ini sama sahaja seperti gitar akustik tetapi ia mempunyai 6 tali lebih. sebagai contoh, tali E bawah mempunyai nada yang sedikit tinggi berbanding tali yang lagi satu apabila dipetik pada note yang sama.  gitar 12 tali memberi bunyi yang lebih lengkap seakan effek chorus. ia lebih sukar untuk dimainkan berbanding gitar akustik biasa oleh kerana tali yang lebih banyak, dan kebesean nya pemain gitar yang lebih berpengalaman menggunakan gitar ini setelah mempelajari gitar bese 6 tali.





3.  Acoustic Bass




akustik bass sama seperti akustik yang lain cuma ia mempunyai 4 tali bernada bass yang lebih dalam. ia
memberi bunyi bass yang lebih dalam apabila di petik.

Sekian, posting untuk kali ini. posting yang akan datang mungkin aku akan menulis sesuatu berkaitan dengan gitar. da terfikir nak tulis, tapi nanti je la aku tulis. hehehe. tata....

*sumber: sini