Another turning point, a fork stuck in the road, Time grabs you by the wrist, directs you where to go, So make the best of this test, and don't ask why. It's not a question, but a lesson learned in time. It's something unpredictable, but in the end it's right. I hope you had the time of your life- billie amstrong

Thursday, 1 March 2012

Hilang

Aku tak ingat bila kali terakhir aku menjadi seorang perempuan yang baik.

dulu sewaktu aku amik diploma, dan aku dapat kawan-kawan yang sangat-sangat baik, aku jadi baek. aku tak pandang pon betapa kejam dan buruknya dunia ni. tapi bile da sampai kat shah alam, mungkin kerana segala-galanya sangat-sangat sukar untuk aku, aku seolah-olah hilang diri aku. bukan aku tak pernah tahu betapa kejamnye dunia ni. aku da tau sejak aku berumor 6 tahun. tapi, bagi aku......, tak semestinya dunia itu kejam, aku pon harus menjadi kejam. aku punya pilihan untuk menjadi diri sendiri, nape ikut perkembangan dunia?

aku bukannya selalu sound orang atau marah orang. dulu aku boleh belaja untuk menahan diri aku dari marah orang lain yang aku tak suka, ataupon aku tak berapa menyenangi perangainya. tapi bile kat sini, aku senang sangat lepaskan pe yang terbuku dalam hati aku.

mungkin aku da tak dapat sokong kawan-kawan aku, seperti waktu amik diploma dl. tak ada orang yang boleh ingat kan aku, untuk sentiasa berpijak di bumi dan menjadi rendah hati, menjunjung langit di kepala ku dan beringat di mana aku. aku senang untuk hilang kawalan.

aku sedar...aku tak mungkin boleh berharap lagi pada mereka. seperti sorang kawan aku cakap, aku perlu belaja untuk menyokong diri sendiri. dengan cara itu, baru aku boleh survive ngan tak hilang diri atau hilang kawalan.

No comments:

Post a Comment