Assalamualaikum dan selamat pagi. malam tadi aku tulis tentang gitar elektrik dan jenis-jenisnya, dan sekarang mari tengok 2 lagi jenis gitar yang aku belom huraikan, iaitu gitar akustik dan gitar elektrik bass.
Gitar Bass
Gitar bass, jugak dikenali sebagai elektrik bass kebesean nya di peik menggunakan beberapa jari ataupon ibu jari dengan cara fingering, slapping, popping, tapping mahupon thumping, (maaflah, aku tak tau pe perkataan2 yang sesuai dalam bahasa melayu), ataupon di petik menggunakan pick.
mempunyai rupa seakan gitar elektrik tetapi mempunyai batang leher yang lebih panjang yang skala yang lebih banyak serta mempunyai sama ada 4, 5, 6 atau 8 tali di badannya. gitar bass yang bese mempunyai 4 tali dan di tune sama seperti tune double bass. Sama seperti gitar elektrik, gitar bass boleh dimainkan bersama dengan amplifier dan speaker.
sejak 1960-an, gitar bass menggantikan double bass berikutan pengaruh muzik. pemain meliputi dari berbagai jenis muzik yang membawa tanggungjawab yang sama; menjadi tunjang kepada sesebuah muzik dan mengharmonikan sesebuah lagu. bass gitar digunakan dalam pelbagai jenis muzik termasuklah rock, metal, pop, punk rock, country, reggae, blues, dan jazz. ia di gunakan sebagai alat muzik solo dalam pertunjukkan jazz, fusion, Latin, funk, dan dalam sesetengah muzik rock dan metal styles. Terdapat 2 jenis sahaja gitar bass ni, iaitu:
1. Precision or P Bass
Gitar Precision Bass, atau lebih di kenali sebagai P Bass, mempunyai batang leher yang lebih tebal dari Jazz Bass dan mempunyai P bass jenis offset pickup. kebeseannya, mereka mempunyai volume dan tone knob dan 4 lagi pada sistem tuning sisi (side tuning system). P Bass yang lama mempunyai reverse tuner, yang mana cara tuning yang terbalik dengan cara sekarang. Ramai artis yang mempunyai P Bass ni, salah seorang daripadanya adalah John Paul Jones dari Zeppelin.
2. Jazz Bass
Gitar Jazz Bass kebesean nya mempunyai bentuk badan dan batang leher yang lebih 'kurus' atau thinner. mereka mempunyai shape unik off-balanced yang cukup berbeza berbanding dengan precision bass yang lain. Mereka lebih kurang macam gitar yang tradisional berbanding gitar-gitar precision yang lain. Gitar precision ni mempunyai 2 pickups yang memberi bunyi yang berbeza, dan mempunyai ekstra satu tune knob untuk bunyi yang berlainan. Bunyi gitar ini bergantung kepada kompeni yang menghasilkan gitar-gitar precision. lain kompeni mempunyai bunyi yang berlainan.
Gitar Akustik
Beralih pula pada gitar akustik. gitar jenis akustik adalah gitar yang paling terkenal, meliputi dalam pelbagai jenis muzik, dari muzik rock ke country dan flamenco yang menghasilkan bunyi yang berbeza antara satu sama lain. gitar ini telah wujud sejak 1500-an lagi tetapi ia mengalami beberapa perkembangan dan perubahan dan sejarah. perkembangan gitar elektrik adalah gambaran jelas akan perkembangan gitar akustik, dan mempunyai impak yang sangat besar dalam dunia gitar. Terdapat 3 jenis gitar akustik, iaitu:
1. Acoustic Guitar
Gitar akustik mempunyai bulat tengah yang terbuka, dan lebih tebal dari gitar elektrik. bunyi gitar yang terhasil adalah terbentuk dari bunyi tali yang memasuki lubang tengah membuat bunyi itu lebih kuat. Terdapat banyak jenis gitar akustik ini yang mudah di dapati di pasaran. gitar ini tak mempunyai keratan, 3 lagi pada tuner sisi, pick guard dan satu stop tailpiece acoustic bridge.
2. 12 String Acoustic Guitar
Gitar ini sama sahaja seperti gitar akustik tetapi ia mempunyai 6 tali lebih. sebagai contoh, tali E bawah mempunyai nada yang sedikit tinggi berbanding tali yang lagi satu apabila dipetik pada note yang sama. gitar 12 tali memberi bunyi yang lebih lengkap seakan effek chorus. ia lebih sukar untuk dimainkan berbanding gitar akustik biasa oleh kerana tali yang lebih banyak, dan kebesean nya pemain gitar yang lebih berpengalaman menggunakan gitar ini setelah mempelajari gitar bese 6 tali.
3. Acoustic Bass
akustik bass sama seperti akustik yang lain cuma ia mempunyai 4 tali bernada bass yang lebih dalam. ia
memberi bunyi bass yang lebih dalam apabila di petik.
Sekian, posting untuk kali ini. posting yang akan datang mungkin aku akan menulis sesuatu berkaitan dengan gitar. da terfikir nak tulis, tapi nanti je la aku tulis. hehehe. tata....
*sumber: sini
No comments:
Post a Comment