Another turning point, a fork stuck in the road, Time grabs you by the wrist, directs you where to go, So make the best of this test, and don't ask why. It's not a question, but a lesson learned in time. It's something unpredictable, but in the end it's right. I hope you had the time of your life- billie amstrong

Tuesday, 14 February 2012

Ciri-ciri Lelaki Idaman




Klakar giler kan ads ni? first time aku tengok kat facebook, memang terbahak2 aku gelak. dan selepas tu, aku tunjuk kat adek aku. die pon gelak dan cakap menyampah betol tengok. cam betol je.

Pe sebab aku share ads ni? bukan sebab takuya kimura ni ensem,  well, die memang ensem. XD
tapi de sebab tersendiri.

Aku sedar ramai kawan-kawan aku sekarang ni telah dan akan mendirikan rumahtangga. 75% daripadanya da bertunang ataupon mempunyai teman istimewa.

De orang tanya aku, apa ciri-ciri lelaki yang aku nak? Dan aku menjawab matang dan bertanggungjawab. Mereka senyum sinis.

Aku senyum balek.

Aku tak tahu sama ada aku tercepat matang, atau jawapan tu tak memuaskan hati mereka. Tapi mereka akan selalu berhujah tentang bermacam-macam, contohnya "tak nak ke pilih calon macam sunah Nabi?". Aku senyum balek.

Matang dari kamus dewan bahasa dan pustaka bermaksud:
1.  Sudah masak, cukup besa atau cukup tua.
2.  Sudah banyak pengetahuan atau pengalamannya; banyak mengetahui serta memahami sesuatu
Kematangan pula bermaksud bersifat matang.

Bertanggungjawab pula bermaksud:

1. Bertanggungjawab atas (terhadap, tentang, dalam) mempunyai tanggungjawab terhadap, memikul tanggungjawab, berkewajipan
2.  Bertanggungjawab kepada menanggung segala-galanya, menanggung sesuatu.

Bile seseorang tu da matang, die boleh nilai yang mana baik dan yang mana buruk. Mana pula yang boleh diterima pakai dan yang mana tidak boleh. Dan tak dipengaruhi oleh emosi ketika berdebat. Pabila salah, senang menerima kesalahan sendiri dan cuba perbaiki diri sendiri.

Bertanggungjawab pula kalo dilihat secara betol-betol, kalo seseorang tu adalah bertanggungjawab, dia akan fikir sebelum bertindak. Dia akan bertanggungjawab apa yang dia lakukan. Contohnya, walaupon dia miskin, tapi sedar dah de bini, dia akan cuba untuk mencari jalan untuk mendapatkan duit. Dan die tahu die mempunyai tanggungjawab terhadap, ibu bapa dia, keluarga dia, Allah s.w.t, dan sebagainya.

Perlu ke hensem?? tak perlu. Cukup sesedap mata memandang.

Tak rase cam 2 ciri-ciri tu da mencakupi kehendak setiap orang ke?

No comments:

Post a Comment