Aku tak tahu sama ada aku memang de naluri seni atau pe tapi sejak aku kecil, aku memang sangat suka melihat orang bermain gitar, dan sangat-sangat suka dengar bunyi gitar. cam bunyi nye...memberi makne pada setiap tali yang di petik. sejak tu, aku berazam nak berlaja maen gitar. tapi bile da besa barulah aku berkesempatan belaja. Tapi tak pelah, sekurang-kurangnya aku dapat gak belaja, dari langsung tak dapat, betol tak?
ok, aku tak mahu buang masa, dan sekarang ni mari lihat tentang jenis-jenis gitar.
terdapat 3 jenis gitar utama, iaitu gitar eletrik, gitar akustik dan gitar elektrik bass.
gitar elektrik adalah gitar yang menggunakan prinsip fdirect electromagnet induction untuk mengubah getaran tali besinya kepada bunyi elektrik. bunyi tali besi terlalu perlahan dan perlu di perbesarkan menggunakan amplifier. oleh kerana gitar elektrik menghasilkan bunyi dengan signal elektrik, gitar ini mudah di tune dengan menambah "warna" kepada bunyinya. kebesean nya ia die gubah menggunakan effek seperti reverb (bunyi yang mengherot) dan distortion (getaran).
dicipta pada tahun 1931, gitar elektrik menjadi keperluan kepada industri jazz. sejak itu gitar elektrik menjadi instrumen yang terkenal di dalam industri muzik. ia berubah kepada muzikal instrumen yang mampu menghasilkan pelbagai bunyi. ia adalah instrumen penting dalam bidang seni muzik rock n roll dan macam-macam lagi. Gitar elektrik terbahagi kepada 5 jenis, iaitu:
1. Stratocaster
Fender yang terkenal di seluruh dunia sudah lama menghasilkan gitar jenis ini, iaitu kira-kira sejak 50 tahun lepas. tetapi banyak syarikat-syarikat baru sekarang ini menghasilkan pelbagai gaya gitar. kalo google, memang dapat jumpe banyak gile. Gitar Stratocaster biasa mempunyai satu bolt pada batang gitarnya, 6 bolt pada tuner sisi dan 3 coil pickups dan satu tremelo. tetapi gitar yang dihasilkan di syarikat-syarikat berlainan mempunyai kedudukan bolt, coil pickup dan tremelo yang berlainan, yang mana mudah di dapati di pasaran. Pe yang best nye tentang gitar strat ni, gitar ni agak mudah di modified atau diubah suai menggunakan pickups mahupon hardware yang berlainan. fakta yang menarik pula, David Gilmour dari Pink Floyd memiliki gitar start yang pertama, dengan nombor siri 001.
2. Telecaster
Fender menghasilkan Telecaster sejak sebelom mereka menghasilkan gitar start lagi. Telecaster yang biasa mempunyai 2 pickups, kepala gitar ataupon headstock yang lebih kecil dari strat dan mempunyai 3-way pickup selector. mempunyai tali di seluruh badannya, tetapi tidak pada semua gitar telecaster. best nye gitar ni, keunikan bunyi nya apabila menggunakan pickup selector pada posisi tengah. selector tengah (middle pickup selector) akan aktif kan pickup yang lain dan menghasilkan bunyi yang sangat menarik. ramai selebriti yang menggunakan gitar ini, antaranya Bruce Springstein, Prince, dan ramai lagi.
3. Les Paul Style Guitar
Gitar ni di cipta oleh tak lain dan tidak bukan, Les Paul sendiri. dari situ lah timbul nama gitar ini. Les Paul dikenali sebagai innovator dalam bidang muzik dari segi penghasilan lagu sehingga ke penghasilan alat muzik. gitar ni mempunyai satu set neck (glued in), 3 lagi pada tuner sisi, kebeseannya 2 humbucking pickups, dan satu single cut away body w/ a 3 way pickup selector switch. sesetengah gitar LP, mempunyai bentuk badan yang curvy atau beralun dan mempunyai bentuk trapozoid di dalamnya. Terpulanglah pada kompeni yang membuat gitar LP ni. pemain gitar LP yang terkenal termasuklah Slash, Jimmy Page, dan Joe Perry.
4. Flying V
Flying V terkenal pada tahun 1980-an dengan pemain yang terkenal jugak, tak lain dan tidak bukan, Randy Rhodes, iaitu gitaris Ozzy Osborne dari album pertama mereka. Flying V mendapat namanya sudah tentulah dari bentuk badannya yang seperti bentuk V. gitar ni kebeseannya untuk menarik perhatian yang mana gitar ini sukar untuk di pakai mahupon dimainkan.
5. Solid Guitar (SG)
SG adalah gitar yang datang dari keluarga gitar Gibson. gitar ni terkenal dengan jenis badan yang pointy horn. mereka selalu nya mempunyai 2 humbucking pickups dan satu set neck (Glued). lebih nipis dari Les Paul gitar dan pemain yang terkenal dengan gitar ini adalah Angus Young dari AC/DC dan Tony Iommi dari Black Sabbath.
2 lagi jenis gitar aku akan terangkan pada post yang akan datang. selamat malam sume. (^_^)
No comments:
Post a Comment